Banyak isu yang memeningkan kepala anda sejak kebelakangan ini, tapi tidak tahu kepada siapa mahu anda luahkan?
Anda rasa banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh PERUBATAN?
Atau anda masih lagi terfikirkan tentang idea bernas anda pada sesi MAT 07, dua tahun yang lalu berkenaan dengan konsep bijak untuk menggerakkan persatuan PERUBATAN?
Ayuh!
Inilah tempat yang sesuai untuk anda menyuarakan pendapat dan idea-idea bernas anda. Mari sama-sama mencadangkan usul yang dapat kita bincangkan dalam kalangan semua ahli PERUBATAN daripada seluruh pelusuk universiti di Mesir ketika mesyuarat tahunan nanti!
Oleh itu, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa cadangan usul bertulis boleh dilakukan mulai hari ini,
Sabtu, 11/02/2012
Tempoh selama LAPAN hari sehingga
Ahad, 19/02/2012
diberikan kepada semua ahli PERUBATAN di kesemua cawangan untuk menyatakan segala pandangan, idea, buah fikiran atau apa saja yang bermain di benak fikiran anda semua.
Cadangan usul kini DIBUKA!!
Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang anda perlu titikberatkan sebelum mencadangkan usul-usul tersebut.
Berdasarkan hasil kata sepakat antara Majlis Tertinggi dan Majlis Penasihat PERUBATAN, ciri-ciri usul yang ingin dikemukakan mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Setiap ahli yang LAYAK MENGUNDI boleh menghantar usul bertulis kepada Unit Pendaftaran dan Pengiklanan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Setiap usul yang diberikan harus menggunakan kata-kata yang SOPAN, ayat-ayat yang RINGKAS, PADAT dan JELAS.
- Setiap frasa dalam lafaz usul boleh dibahaskan oleh perwakilan.
PROMOSI USUL
Pencadang usul boleh mempromosikan usul-usul mereka, sama ada di blog, email dan sebagainya. Antara sebab-sebab promosi ini dibenarkan adalah untuk:
- Mengajak semua ahli cakna dengan isu-isu dan keadaan di sekeliling mereka.
- Menggalakkan ahli-ahli bersuara menyatakan pendapat dan idea masing-masing berkenaan dengan isu yang diketengahkan.
- Andai usul tersebut diterima setelah proses penapisan (yang akan diumumkan kelak), setidak-tidaknya para perwakilan telah mendapat gambaran awal tentang usul yang akan dibahaskan seterusnya dapat menjimatkan masa dan tenaga pencadang untuk memberi penjelasan serta melancarkan perjalanan mesyuarat.
Pihak AJK pelaksana tidak akan sama sekali membantu pencadang usul untuk mempromosikan usul-usul mereka. Adab dan etika perlu dititikberatkan semasa mempromosi usul demi keharmonian bersama.
Promosi hanya dibenarkan setelah selesai proses penapisan oleh Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN.
STATUS USUL SETELAH DICADANGKAN
Usul-usul yang dicadangkan akan melalui proses penapisan oleh Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN sejurus selepas tarikh tamat tutup cadangan usul. Mana-mana usul yang diterima akan diiklankan beberapa hari selepas itu di Laman Rasmi MAT 08 dan PERUBATAN Online.
Definisi Usul:
1. Perbahasan Perlembagaan untuk pindaan atau hapuskan dan sebagainya.
2. Berkaitan hal-hal serta fasal-fasal dalam Perlembagaan.
3. Menggunakan ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.
4. Setiap patah dalam lafaz usul boleh dibahaskan oleh perwakilan.
**********************
Usul hendaklah diserahkan ke:
ahmed[dot]deedat911[at]gmail[dot]com
selewat-lewatnya 19hb Februari 2012 sebelum jam 12.00 tengah malam.
Perlembagaan PERUBATAN boleh dibuka di sini.
Emel usul hendaklah disertakan:
1. Tajuk Emel: Usul MAT 8
2. Matan usul secara jelas dan nyata
3. Penerangan usul secara ringkas
4. Nama Penuh
5. Universiti dan Tahun Pengajian
6. No Telefon yang boleh dihubungi
Sekian memaklumkan.
Pingback: Ante-MAT ke 8 | AkuDarahAnakMalaysia
Link Perlembagaan dua2 berbeza dari tarikh kemaskini (mediafire: updated 7/2007 & perubatan.org: updated 12/2010).
Minta Admin selaraskan sumber rujukan utk elakkan kekeliruan
Syazwan M Nor recently posted..[BM] Bila Lelaki Masuk Ke Dapur
Link Perlembagaan dua-dua berbeza dari tarikh kemaskini (mediafire: updated 7/2007 & perubatan.org: updated 12/2010).
Minta Admin selaraskan sumber rujukan utk elakkan kekeliruan
Terima kasih. InshaAllah, saya akan rujuk kembali kepada AJKT untuk pengesahan.
setelah disemak oleh saya, Perlembagaan di PERUBATANonline adalah yang terkini seperti yang diumumkan sewaktu Mesyuarat Tahunan Kaherah (17 Disember 2010) namun begitu saya tiada rekod mengenai tarikh semakan dibuat oleh Lembaga Penasihat.
cadangan saya agar Lembaga Penasihat bertemu untuk menyemak kembali dan mengesahkan bahawa Perlembagaan yang diedarkan kepada ahli adalah semakan terkini kerana sewaktu MAT-7, antara usul yang diluluskan adalah nama PERUBATAN dalam BM, BI dan BA. kita cuma ada BM dan BI sahaja. sewaktu MTK-1, Lembaga Penasihat telah berjanji akan mengumumkan nama PERUBATAN dalam BA pada MAT-8 akan datang. maka ini adalah satu perkara yang perlu diperhalusi semula oleh Lembaga Penasihat sebelum MAT-8 akan datang.
terima kasih.
hafizadam recently posted..Ante-MAT ke 8
Saya dah edit post. Kita rujuk kepada Perlembagaan di PO sahaja memandangkan yang diupload di Mediafire tu entah bila dan tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Terima kasih.