Flashback MAT PERUBATAN Kali Ke-7

Andai sejarah Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN ini disoroti dan disusuri, sudah pastinya kita akan mengingati memori tahun lalu. MAT PERUBATAN tidak diadakan berikutan peristiwa Revolusi Mesir yang mengundang kita untuk pulang ke Malaysia beramai-ramai melalui Ops Piramid.

Maka mungkin ramai antara kita yang belum mengetahui selok belok perbahasan usul dan cara serta gaya penghujahan untuk sesuatu usul itu diterima ataupun ditolak.

Mari sama-sama saksikan sorotan dan rakaman video yang telah disediakan. Semoga Mesyuarat Agung Tahunan kita pada kali ini menjelmakan suasana perbincangan yang bernas dan seimbang.

VIDEO 1

Usul Kelima: Portfolio Naib Presiden bagi 3 Universiti di Kaherah. 3 Naib Presiden dari setiap Universiti Kaherah, Ain Syams dan Azhar.

Oleh: Radin Rahmah Radin Monawir

Keputusan: Ditolak

VIDEO 2

Usul Keempat: Pindaan perlembagaan (Fasal XXXIII)

Menukar kepada Draf Pindaan Perlembagaan yang disiapkan oleh PPP akan dibentang dalam satu mesyuarat khas dengan Jawatankuasa PERUBATAN dan Lembaga Penasihat.

Oleh: Mohd Nasrullah Nik Abd Kadir

Keputusan: Usul ditarik balik

VIDEO 3

Usul Kelapan: Penubuhan dan Pembubaran Cawangan (Fasal XX)
Dihapuskan Semua baki ahli Cawangan yang dibubarkan akan dipindahkan ke Cawangan terdekat yang akan ditentukan dalam Mesyuarat Agung Khas tersebut.”
Bergantung kepada kemahuan pelajar untuk menetap di mana mana kawasan.

Oleh: Syafiq Hamdani

Keputusan: Usul ditarik balik

Laporan Aktiviti Tahunan PERUBATAN Sesi 2011/2012

Berikut merupakan Laporan Aktiviti Tahunan PERUBATAN Sesi 2011/2012. Para perwakilan diminta terlebih dahulu untuk merujuk laporan ini untuk menjelmakan sesi muhasabah, perbincangan gerak kerja dan cadangan yang mantap serta menyeluruh ketika Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN ’08 berlangsung.

Walaubagaimanapun, buku program yang mengandungi Laporan Aktiviti Tahunan PERUBATAN, Agenda MAT PERUBATAN ’08 dan juga Buku Pelembagaan PERUBATAN tetap akan dibekalkan kepada para perwakilan ketika hari mesyuarat berlangsung.

ENAM USUL DILULUSKAN!

Assalamualaikum warahmatullah

Berikut merupakan senarai usul yang telah diterima oleh Ahli Majlis Penasihat PERUBATAN untuk dibahaskan dalam MAT ’08.

*************************

Ahmad Ibrahim bin Yahaya
Perubatan
Universiti Kaherah
Tahun 5
+201118709885

“Penubuhan Majlis Tertinggi PERUBATAN menggantikan Jawatankuasa PERUBATAN yang dianggotai oleh seorang wakil lelaki dan seorang wakil perempuan yang pernah menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa PERUBATAN/PERUBATAN Cawangan dari setiap PERUBATAN Cawangan, dan pembentukan PERUBATAN Cawangan adalah mengikut Universiti.”

*************************

Nur Hanisah bt Naspu
Pergigian
Al-Azhar
Tahun 2
+201120072245

“Kukuhkan kesatuan PERUBATAN dalam kalangan ahli PERUBATAN pelbagai jurusan dengan mengkaji semula nama persatuan PERUBATAN dan pengkajian semula penubuhan badan-badan khas mengikut jurusan seperti medical team, farmasi team dan dental team.”

****************************

Muhammad Shahir bin Mohd Nadzir
Universiti Iskandariah
Tahun 3
+201114911645

“Memperkukuhkan hubungan dengan Pihak Universiti dan Persatuan Universiti”

*****************************

Najwa Binti Mohamad Hamdan
Perubatan
Tahun 3
Universiti Mansoura
01145654734

“Menjadikan pemilihan AJKT pusat terdiri daripada ahli PERUBATAN yang pernah menjadi exco atau ahli PERUBATAN biasa pelbagai cawangan.”

*************************

Muhammad Abu Ubaidah bin Mustapa Kamal
Perubatan
Tahun 5
Universiti Mansoura
+201119682676

“Seluruh mahasiswa PERUBATAN mengutuk kezaliman kerajaan Syria dan PERUBATAN menyeru semua pihak untuk berdiri teguh bersama perjuangan rakyat Syria”

***************************

Nur Zahidah Binti Hosman
Perubatan
Tahun 4
Universiti Zagazig
+201147733957

“Mempertingkat kualiti pembangunan dan profesionalisme mahasiswa PERUBATAN dari segi budaya membaca , penguasaan bahasa , dan gerak kerja beretika.”

*************************

Kepada pencadang usul yang disenaraikan, diminta untuk memastikan kehadiran atau jika tidak dapat hadir, disediakan wakil untuk pembentangan usul.

Bagi usul-usul yang tidak disenaraikan, anda akan dihubungi oleh ahli Majlis Penasihat untuk sebarang status usul anda. Justeru, sebarang penambahan atau pertukaran akan dimaklumkan kemudian.

Senarai Perwakilan MAT PERUBATAN Kali Ke-8 – UPDATED!

Pendaftaran Perwakilan MAT ’08 telah DITUTUP secara rasminya pada 24 Februari 2012 yang lalu.

Berikut merupakan senarai nama ahli yang berjaya mendaftar sebagai perwakilan bagi MAT PERUBATAN ’08 pada 2 Mac 2012 ini.

Semua AJKT PERUBATAN Pusat & Cawangan merupakan perwakilan secara automatik dan tetap perlu membayar yuran pendaftaran kepada wakil pendaftar.

Kepada semua perwakilan, sila jelaskan yuran sebelum 28 Februari 2012 kepada wakil-wakil pendaftar.

Tahniah diucapkan kerana telah mendaftar sebagai perwakilan.

Rujuk AJK Pendaftaran Pusat secara terus jika terdapat sebarang masalah.

Tentatif MAT PERUBATAN Kali Ke-8

Assalamualaikum warahmatullah
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

0715 – 0745

  • Pendaftaran perwakilan
  • Para perwakilan dan pemerhati mengambil tempat
  • Taklimat protokol

0800 – 1215

  • Majlis bermula, ucapan aluan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Al-Quran
  • Ucapan Pengarah MAT ‘08
  • Ucapan dasar Presiden PERUBATAN sesi 2011/2012
  • Ucapan perasmian MAT oleh Penasihat PERUBATAN

Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN Kali Ke-8 dimulakan

Sesi I :

  • Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat MAT ‘07
  • Pembentangan aktiviti tahunan dan kewangan PERUBATAN sesi 2011/2012
  • Muhasabah aktiviti tahunan dan kewangan PERUBATAN sesi 2011/2012

Sesi II :

  • Pindaan perlembagaan
  • Ucapan dasar Presiden PERUBATAN sesi 2012/2013 dan perbahasan ucapan dasar
  • Rehat, solat dan makan tengah hari

1250 – 1800

Sesi III

  • Taklimat protokol perbahasan usul
  • Sesi Pembentangan dan perbahasan usul dan perbahasan agenda PERUBATAN dan sesi cadangan
  • Perlantikan 2 orang juruaudit PERUBATAN sesi 2012/2013
  • Sesi anugerah AJK terbaik setiap biro
  • Perletakan jawatan dan pengenalan AJKT Pusat dan Cawangan
  • Majlis bersurai

Etika Perwakilan dan Pemerhati

Pengenalan

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN adalah program rasmi tahunan yang menghimpunkan para ahli PERUBATAN untuk sama-sama berbincang dan menyumbangkan buah fikiran dan idea bernas bagi memastikan PERUBATAN dapat terus memperjuangkan misi dan visi penubuhannya dengan sebaiknya.

Para ahli seharusnya menggunakan peluang dan ruang yang diberikan ini dengan sebaiknya agar PERUBATAN lebih bersinergi dalam melaksanakan gerak kerja untuk merealisasikan objektif-objektif yang telah disepakati bersama. Mesyuarat ini juga akan menyaksikan peralihan kuasa daripada tampuk pimpinan lama kepada pucuk pimpinan baru yang telah dipilih pada pilihanraya PERUBATAN bulan Disember yang lepas.

Sebagaimana mesyuarat yang diadakan pada tahun lepas, sistem perwakilan dan pemerhati masih lagi diguna pakai dengan harapan agar suara, pandangan dan cadangan dari setiap ahli di semua cawangan dapat disampaikan sepenuhnya memandangkan masa mesyuarat yang terlalu singkat.

Definisi

Usul

  1. Perbahasan Perlembagaan untuk pindaan atau hapuskan dsb.
  2. Berkaitan hal-hal dalam Perlembagaan
  3. Menggunakan ayat-ayat yang ringkas, padat dan jelas.
  4. Setiap patah dalam lafaz usul boleh dibahaskan oleh perwakilan.

Isu

  1. Membincangkan isu semasa berkaitan pada sesi perbahasan ucapan dasar
  2. Membabitkan perkara bukan berkaitan dengan perlembagaan
  3. Isu akan dibincangkan dan akan diambil tindakan lanjut oleh AJKT baru untuk keputusan seterusnya.

Cadangan

  1. Cadangan bertulis akan dikumpulkan dalam kotak cadangan pada hari berlangsungnya MAT.
  2. Setiap cadangan akan diterima tetapi pelaksanaannya bergantung kepada keputusan AJKT.

Perwakilan

  1. Ahli PERUBATAN yang matang keahliannya dan mendaftar sebagai perwakilan MAT serta boleh membahaskan usul dan mengemukakan cadangan.

Pemerhati

  1. Ahli PERUBATAN yang hadir semasa MAT tetapi hanya sekadar meninjau dan melihat majlis berlangsung tanpa boleh bersuara.

Agenda

  1. Agenda adalah perkara yang berkaitan dengan gerak kerja PERUBATAN yang merangkumi akademik, kebajikan dan kesatuan tetapi tidak melibatkan perlembagaan.

Etika perwakilan:

  1. Pelajar merupakan ahli PERUBATAN yang telah matang tempoh keahliannya iaitu selama setahun (pelajar tahun 2 dan ke atas).
  2. Pelajar telah membayar yuran tahunan PERUBATAN yang ditetapkan.
  3. Pelajar yang layak mengundi pada pilihanraya PERUBATAN sesi 12/13.
  4. Berpakaian kemas mengikut etika yang telah ditetapkan.
  5. Menghormati majlis sepanjang MAT berlangsung.

Hak-hak perwakilan:

  1. Perwakilan hanyalah sebagai medium untuk menyampaikan suara ahli dalam setiap cawangan semasa mesyuarat agung.
  2. Setiap perwakilan berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat bagi mewakili cawangan masing-masing sepanjang mesyuarat berlangsung.
  3. Perwakilan diberi hak untuk mengemukakan cadangan bertulis.

Etika pemerhati

  1. Semua ahli PERUBATAN yang tidak menjadi perwakilan termasuk ahli tahun 1 layak menjadi pemerhati MAT.
  2. Pelajar telah membayar yuran tahunan PERUBATAN yang ditetapkan.
  3. Menghormati majlis sepanjang MAT berlangsung.
  4. Berpakaian mengikut etika yang telah ditetapkan .

Hak-hak Pemerhati

  1. Pemerhati tidak mempunyai hak secara langsung untuk memberikan cadangan dan bersuara sepanjang mesyuarat berlangsung.
  2. Tetapi pemerhati boleh mewakilkan para perwakilan untuk bersuara.

Etika Pemakaian

Lelaki

  1. Berkemeja kemas.
  2. Bertali leher.
  3. Seluar warna gelap(tidak dibenarkan memakai jeans).
  4. Memakai kasut berwarna hitam/gelap.
  5. Memakai blazer/jaket berwarna gelap.

Perempuan

  1. Menutup aurat.
  2. Memakai baju kurung atau jubah.
  3. Memakai kasut berwarna hitam/gelap.
  4. Memakai blazer/wintercoat berrwarna gelap.

*Penambahan bagi AJKT PERUBATAN – Memakai jaket PERUBATAN

Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Perwakilan

Pihak AJK pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN Kali Ke-8 2012 akan melanjutkan tarikh tutup pendaftaran perwakilan sehingga..

HARI JUMAAT (24 FEBRUARI 2012).

12.00 TENGAH MALAM

Kami AJK Pelaksana MAT ’08 sangat mengalu-alukan anda, ahli PERUBATAN seluruh Mesir, yang masih belum mendaftar sebagai perwakilan untuk mendaftar seterusnya menyertai program tahunan terpenting dalam kalendar persatuan.

Kami menyeru semua ahli PERUBATAN untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mesyuarat kali ini untuk menambah baik lagi mutu kerja AJKT PERUBATAN pada sesi yang akan datang justeru menyediakan Persatuan PERUBATAN ke arah pengurusan yang cekap, perkhidmatan yang mantap serta pelaksanaan gerak kerja yang mapan dan menyeluruh.

Senarai pendaftar perwakilan bagi setiap universiti boleh dirujuk di sini.

‘Mahasiswa Bersuara, Persatuan Sejahtera’

Kenyataan Rasmi MAT PERUBATAN Kali Ke-8 2012

Assalamualaikum wbt,

Cuti musim sejuk bakal berakhir dan sesi kuliah pun bakal bermula. Justeru, sudah tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh semua warga PERUBATAN untuk menilai prestasi kerja AJKT PERUBATAN sesi 2011/12.

Tanggal 2 Mac 2012 ini bakal berlangsung satu lagi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN Kali ke-8.

Kami menyeru semua ahli PERUBATAN untuk sama-sama mengambil bahagian dengan mendaftar sebagai perwakilan dan menghantar usul untuk menambah baik lagi mutu kerja AJKT PERUBATAN pada sesi yang akan datang. Bagi ahli yang belum matang, kami juga menggalakkan kehadiran anda semua sebagai pemerhati agar beroleh sedikit sebanyak pengalaman dalam MAT 8 ini.

Akhir kata,mari kita bersatu ke arah jalan kebaikan dan berusaha merubah kekurangan yang ada tidak kira dalam mutu gerak kerja persatuan ataupun dari aspek individu di dalam persatuan itu sendiri.

Sekian, terima kasih.

Mohd Hazwan bin Rusli
Setiausaha Agong PERUBATAN 2011/12

Siti Noor Redzuani binti Shafii
Timbalan Setiausaha Agong PERUBATAN 2011/12

Kenyataan rasmi ini telah disiarkan di PERUBATAN Online pada 12 Februari 2012 di sini.