DEFINISI USUL PERSIDANGAN

Usul ialah cadangan yang dibawa oleh ahli ke dalam MAT untuk dibahaskan oleh semua perwakilan:

  • Usul bersifat lebih menyeluruh dalam gerak kerja serta memberi kesan yang besar kepada dasar pembawaan tahunan PERUBATAN yang melibatkan MTP dan ahli.
  • Usul yang dibawa boleh menyentuh aspek pembawaan PERUBATAN, gerak kerja serta penyelesaian masalah kritikal dalam PERUBATAN.
  • Usul yang boleh mengubah perlembagaan PERUBATAN. Usul untuk mengubah perlembagaan hanya boleh dibawa dan dibahas dalam MAT.

DEFINISI CADANGAN UMUM

Cadangan Umum ialah suara dibawa oleh ahli dalam MAT yang mempunyai skop lebih kecil tetapi mampu mengubah gerak kerja PERUBATAN.

PERBEZAAN USUL DAN CADANGAN UMUM

USUL CADANGAN
Mampu memberi kesan yang besar pada PERUBATAN. Hanya memberi kesan secara kecilan.
Menyentuh dasar dan pembawaan tahunan PERUBATAN. Tidak menyentuh dasar dan pembawaan tahunan PERUBATAN.
Usul hanya sesuai dibawa untuk mendapatkan keputusan dalam persidangan sahaja. Cadangan boleh diberikan kepada barisan pimpinan di luar persidangan.
Usul harus melalui proses perbahasan oleh perwakilan dalam persidangan. Cadangan tidak perlu dibahaskan dalam persidangan.
Usul perlu diluluskan dalam persidangan. Cadangan tidak perlu diluluskan dalam persidangan.
Usul yang diluluskan dalam persidangan perlu dilaksanakan oleh barisan pimpinan dalam tempoh sesi berkenaan (melainkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan). Cadangan yang diberikan boleh dilaksanakan oleh pimpinan berdasarkan keadaan, keperluan dan kemampuan semasa.

 

 

“Memaknakan Integrasi, Merentas Legasi”

Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN Kali Ke-13 (JMAT-13),

Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN),

Sesi 2016/2017.