Merujuk Bab Ke-3, Fasal 15, Perkara 2 (b) dalam Perlembagaan PERUBATAN, berkaitan notis Mesyuarat agung Tahunan (MAT):

“Notis mengenai segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PERUBATAN kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. Notis tersebut hendaklah dilampirkan dengan laporan tahunan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN, Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN dan sebarang usul lain yang yang telah dicadangkan oleh ahli.

 

Sehubungan itu, Jabatan Setiausaha Agung PERUBATAN 2016/2017 telah mengeluarkan notis berkaitan Laporan Aktiviti Tahunan serta Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN dengan dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang bakal dibentangkan dalam Mesyuarat agung Tahunan PERUBATAN kali ke-13 sebagai bahan rujukan ahli sebelum tiba hari mesyuarat:

 

  1. Laporan Aktiviti Tahunan PERUBATAN 2016/2017.

https://drive.google.com/file/d/0B4xy659eQ-htZVQxZ05DaGI2SUk/view

 

  1. Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN 2016/2017.

https://drive.google.com/file/d/0B4xy659eQ-htUW1vQlRraXk0bFk/view

 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum MAT kali ke-13 bakal berlangsung. Sudahkah anda berdaftar sebagai perwakilan? Jika belum, anda masih boleh berbuat demikian dengan mengisi borang di atas talian seperti berikut :

https://docs.google.com/forms/d/1usI_qc7I4rjw4AF0mzBo9tPnNaB-1D6BIOdBU4Nt6W4/viewform?ts=588f5868&edit_requested=true

 

Pendaftaran masih dibuka sehingga 10 Mac 2017.
Sila layari blog MAT ke-13 untuk info selanjutnya, http://mat.perubatan.org/jawatankuasa-mat-13/

 

#KitaKeluargaPerubatan
#SatuSuaraSatuHasrat
#MAT13

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT),
PERUBATAN 2016/2017