ETIKA PERSIDANGAN (PERWAKILAN & PEMERHATI)
1. Ahli persidangan perlu memberikan kerjasama dan mematuhi makluman, arahan atau permintaan daripada Pengerusi Sidang.
2. Ahli persidangan perlu hadirkan diri ke persidangan dengan hati yang lapang dan penuh dengan keikhlasan untuk membawa kebaikan kepada persatuan.
3. Ahli persidangan hendaklah jelas berkenaan objektif dan hala tuju persidangan.
4. Ahli persidangan perlu mencuba sedaya upaya untuk menjaga suasana harmoni dalam persidangan.
5. Ahli persidangan perlu memberikan sepenuh tumpuan kepada pokok perbincangan.
6. Ahli persidangan perlu mengawal diri serta emosi, elakkan penyelewengan daripada fokus perbahasan.
7. Sebarang bentuk kontroversi hendaklah dielakkan.
8. Serangan peribadi adalah dilarang sama sekali.
9. Ahli persidangan digalakkan untuk mewujudkan suasana perbincangan dan percambahan idea serta merangsang seluruh perwakilan untuk terlibat secara aktif sepanjang persidangan berlangsung.
10. Ahli persidangan perlu berakhlak mulia, menggunakan tutur kata yang sopan dan menunjukkan sahsiah diri sebagai siswa/siswi yang berketerampilan tinggi.
11. Ahli persidangan perlu meraikan seluruh pandangan perwakilan serta berlapang dada menerima keputusan persidangan.
12. Ahli Persidangan diminta untuk meletakkan telefon bimbit pada mod senyap (silent).
13. Ahli Persidangan dibenarkan untuk mengambil gambar dan/atau merakam sewaktu persidangan sedang berjalan selagi tidak mengganggu suasana perbincangan dengan izin daripada Jawatankuasa MAT.
14. Ahli Persidangan perlu mendapatkan keizinan dan menggunakan pas keluar daripada Jawatankuasa MAT sekiranya ingin keluar sebentar dari sesi persidangan kerana melibatkan urusan catatan kuorum dan pengundian.

HAK-HAK PERWAKILAN
1. Perwakilan merupakan ahli berdaftar yang telah dikira sebagai ahli matang (sekurangnya sudah setahun di Mesir).
2. Setiap perwakilan hendaklah menggunakan Nombor Keahlian PERUBATAN semasa mendaftar.
3. Setiap perwakilan hendaklah menyelesaikan bayaran Yuran Tahunan PERUBATAN terlebih dahulu sebelum/semasa mendaftar MAT.
4. Hak Perwakilan ialah seperti berikut:
a. Perwakilan hanyalah sebagai medium untuk menyampaikan suara ahli semasa mesyuarat agung persatuan.
b. Setiap perwakilan mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat.
c. Perwakilan diberi hak untuk mengemukakan cadangan bertulis.
5. Penggunaan Nombor Persidangan bagi ahli perwakilan ialah seperti berikut:
a. Nombor Keahlian PERUBATAN merupakan nombor yang digunakan sebagai Nombor Perwakilan/Nombor Persidangan.
b. Nombor Keahlian PERUBATAN perlu dirujuk melalui JSU PERUBATAN Cawangan sesi semasa.
c. Setiap perwakilan (yang berhujah iaitu sama ada mencadang, menyokong atau membantah) hendaklah menggunakan Nombor Keahlian PERUBATAN bagi memperkenalkan diri semasa persidangan.

ETIKA PERWAKILAN
1. Perwakilan perlu membuat persediaan dengan membaca Minit Mesyuarat, Laporan Aktiviti Tahunan, Penyata Akaun Tahunan dan sebarang usul yang akan dibahaskan.
2. Perwakilan perlu sentiasa cakna dengan perkara yang sedang dibincangkan agar tidak melanggar atur cara atau menyebabkan aturan persidangan terganggu.
3. Perwakilan perlu berpakaian kemas mengikut Etika Berpakaian yang digariskan.
4. Perwakilan tidak boleh menimbulkan kekecohan semasa mesyuarat berlangsung.
5. Perwakilan layak untuk mengundi semasa persidangan.
6. Penyampaian menggunakan Bahasa Malaysia dan meminta izin Pengerusi sidang jika ingin menggunakan bahasa asing.
7. Perwakilan memulakan penyampaian dengan nama penuh berserta Nombor Keahlian PERUBATAN dengan jelas agar dapat dicatat oleh Setiausaha Sidang.
8. Penyampaian perlulah ringkas, jelas serta bernada sopan bagi menghormati ahli mesyuarat.
9. Perwakilan perlu akur dengan arahan daripada Pengerusi Sidang.
10. Perwakilan perlu menerima keputusan dengan berlapang dada serta menyokong hasil keputusan mesyuarat.
11. Perwakilan layak menerima lampiran Buku Program dan mengisi Borang Muhasabah Persidangan.

HAK-HAK PEMERHATI
1. Pemerhati merupakan individu yang tidak berdaftar sebagai perwakilan.
2. Kedudukan tempat duduk pemerhati ialah di kawasan berasingan dari tempat duduk perwakilan yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan sewaktu pengundian.
3. Pemerhati tidak mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam persidangan.
4. Ahli PERUBATAN yang telah menamatkan pengajian di Mesir (selesai majlis graduasi) masih boleh menyertai MAT atau MTC, tetapi mereka didaftarkan sebagai pemerhati.

ETIKA PEMERHATI
1. Pemerhati perlu sentiasa cakna dengan perkara yang sedang dibincangkan agar tidak melanggar atur cara atau menyebabkan aturan persidangan terganggu.
2. Pemerhati perlu berpakaian kemas mengikut Etika Berpakaian yang digariskan.
3. Pemerhati tidak boleh menimbulkan kekecohan semasa mesyuarat berlangsung.
4. Pemerhati tidak layak untuk mengundi semasa persidangan.
5. Pemerhati perlu akur dengan arahan daripada Pengerusi Sidang.
6. Pemerhati perlu menghormati keputusan yang telah diputuskan.
7. Pemerhati layak menerima salinan Buku Program dan mengisi Borang Muhasabah Persidangan.

ETIKA BERPAKAIAN (PERWAKILAN & PEMERHATI)
A. SISWA
• Menutup aurat.
• Berpakaian kemas.
• Berkemeja, bertali leher.
• Seluar gelap (tidak dibenarkan memakai jeans).
• Memakai kasut berwarna hitam/gelap serta berstokin.
• Memakai blazer/kot berwarna gelap.

B. SISWI
• Menutup aurat
• Berpakaian kemas.
• Memakai baju kurung/jubah.
• Memakai kasut bertutup, berwarna hitam/gelap serta berstokin.
• Memakai blazer/kot berwarna gelap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *