1. Apakah itu MAT?
MAT merupakan singkatan untuk MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bagi Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN). MAT PERUBATAN Sesi 2016/2017 pada kali ini merupakan MAT Kali Ke-13 dengan tema “Kita Keluarga PERUBATAN”.

2. Adakah mesyuarat ini sah di sisi Perlembagaan PERUBATAN?
Ya, berdasarkan Fasal 15 Perkara 1:

Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN mestilah diadakan tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun pada tarikh, masa dan di tempat yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN.

3. Apakah yang bakal dibincangkan dalam MAT?
Berpandukan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 15 Perkara 6, Agenda MAT adalah untuk:

I. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN bagi tahun sebelumnya.
II. Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN.
III. Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN.
IV. Membahas dan meluluskan usul.
V. Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN.
VI. Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit).
VII. Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN.

4. Apakah beza MTC dengan MAT?

  • MTC merupakan singkatan bagi MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN. Perbincangan dan perbahasan MTC adalah berkisar tentang perjalanan, hala tuju dan gerak kerja di peringkat PERUBATAN Cawangan masing-masing sahaja. Namun begitu MAT adalah MESYUARAT AGUNG TAHUNAN yang diadakan pada setiap akhir sesi pentadbiran PERUBATAN di peringkat pusat yang menaungi kesemua PERUBATAN Cawangan.
  • Peranan sebagai Perwakilan MTC hanya layak dipegang oleh ahli PERUBATAN yang berada di cawangan masing-masing sahaja. Manakala Perwakilan MAT layak dipegang oleh semua ahli PERUBATAN yang berdaftar dari semua cawangan.

5. Siapakah yang boleh menyertai MAT?
Semua ahli yang berdaftar dari seluruh Mesir berhak menyertai MAT sama ada sebagai Perwakilan atau Pemerhati.

6. Siapakah yang digelar sebagai Perwakilan & Pemerhati MAT?

  • PERWAKILAN: Ahli berdaftar yang telah dikira sebagai ahli matang (sekurangnya sudah setahun di Mesir).
  • PEMERHATI: Ahli berdaftar yang belum dikira sebagai ahli matang (belum tempoh setahun di Mesir).
  • Hak Perwakilan & Pemerhati MAT akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT) dari semasa ke semasa.

7. Bagaimanakah untuk mendaftar MAT? Dan berapakah bayaran kemasukan MAT?
Cara mendaftar Perwakilan & Pemerhati MAT dan jumlah bayaran kemasukan yang merangkumi pengurusan bahan cetakan atau teknikal kegunaan mesyuarat akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT) dari semasa ke semasa.

8. Siapakah yang layak untuk menghantar cadangan usul? Apakah beza Usul dan Cadangan?
Hanya Perwakilan sahaja layak untuk menghantar cadangan usul dan membahas usul yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat. Kriteria usul dan cadangan boleh dirujuk pada pautan yang akan dimaklumkan.

10. Apakah Etika Berpakaian ke MAT?
Etika Berpakaian Perwakilan & Pemerhati akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT) dari semasa ke semasa.

KEMAS KINI TERAKHIR: 30 Januari 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *